PENGASAS SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN
Pengasas sekolah ini, R.K Benjamin Kojo merupakan Guru Besar yang pertama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sembulan. Beliau mula bertugas pada bulan Mac 1947 sehingga 1954. Beliau berasal dari Keningau.
 |
Gambarajah sebelah:
En. R.K. Benjamin Kojo, guru besar Government Vernacular Primary School, Jesselton (SK.Sembulan) yang pertama sekitar tahun 1947 hingga 1954.
|
SEJARAH SEKOLAH
Usia Sekolah Kebangsaan Sembulan kini sudah 58 tahun. Dua tahun lagi, genaplah sambutan ulangtahun ke 60 tahun. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Government Vernacular Primary School, Jesselton . Tempat ini dikenali dengan nama Batu Tiga. Tapak dan bangunan asal sekolah ini di kawasan berhampiran dengan bangunan Rumah Pengakap dan Sekolah Menengah Maktab Sabah sekarang ini. Bangunannya diperbuat daripada papan dan beratapkan nipah.
Pada akhir tahun 1952, bangunan sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Sembulan. Nama sekolah ini juga telah diubah kepada Government Primary School, Sembulan iaitu mengambil sempena nama kampung ini. Bangunan ini diperbuat daripada papan dan beratapkan kepingan belian. Jumlah muridnya pada masa itu ialah seramai lebih kurang 100 orang.

Setelah Sabah merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963 dan setelah Akta Pelajaran Kebangsaan digunakan di Sabah, maka sekali lagi nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sembulan, Kota Kinabalu. Nama Jesselton tidak lagi digunakan kerana ibu negeri Sabah telah diubah kepada Kota Kinabalu. Kini Sekolah Kebangsaan Sembulan mempunyai bangunan yang tersergam indah. Bangunan sekolah ini dibina pada awal tahun 1983 dan siap pada akhir tahun yang sama. Bangunan sekolah ini mempunyai dua blok yang diperbuat daripada simen digunakan sepenuhnya pada 3 Januari 1984. Blok A dan B mempunyai 22 buah bilik darjah dan berada di tingkat 1.
Terdapat banyak kemudahan, fasiliti di sekolah ini. Kemudahan asas seperti bilik guru, sebuah pejabat am, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik Pusat Sumber, sebuah bilik tayangan alat pandang dengar, dua bilik makmal sains ( buat masa ini sebuah digunakan untuk pejabat guru-guru penolong kanan dan sebuah lagi untuk bilik muzik ).
Selain daripada bilik dan bilik darjah, kemudahan seperti tandas juga disediakan. Dua buah stor serta tandas untuk guru-guru sebanyak dua unit iaitu untuk guru lelaki dan guru perempuan.
Pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Sembulan telah ditadbir oleh seorang guru besar baru iaitu En.Hambali Hj. Shuib. Beliau adalah orang yang ke-15 sebagai ketua pentadbir sekolah tersebut. Sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah tersebut, banyak infrastruktur telah di baik pulih serta diwujudkan.
Infrastruktur di sekolah pada masa kini:-
Makmal Komputer (2 unit)
Dewan Terbuka
Stor PJK
Bengkel Kemahiran Hidup
Bilik Muzik
Makmal Sains
Pusat Sumber Sekolah
Bilik Alat Pandang Dengar
Surau Sekolah
Bilik Rawatan
Bilik Bimbingan & kaunseling
Bilik Gerakan
Tempat mengambil air sembahyang
Tandas baru untuk guru
Klinik Pergigian
Bilik Guru
Tempat Meletak Kitar Semula
Bilik Pejabat Staf Sokongan
SAL (Self Access Learning)
Bilik Yayasan Sabah
Bilik Skim Pinjaman Buku Teks
Bilik Sektor Pengurusan Akademik (Ketua Panitia Matapelajaran)
Laluan Bestari
Laman Bestari
English Garden
Pondok Pengawal Keselamatan
Tempat Meletak Kereta
Padang Sekolah
Kantin Sekolah
Pejabat Persatuan Guru-Guru Bersara Negeri Sabah
Bilik Kebudayaan
Bilik Disiplin
Koperasi
Bilik Pemulihan
Bilik Bahan Bantu Mengajar |
 |
SENARAI NAMA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN
| Bil |
Nama Guru Besar |
Nama Sekolah |
Tempoh |
Tempoh Bertugas |
| 01. |
|
Government Vernacular Primary School, Jesselton (1947)
Government Primary School, Sembulan (1952) |
7 thn |
Mac 1947-1954 |
| 02. |
Yunus Wali |
Government Primary School, Sembulan |
2 thn |
1955-1957 |
| 03. |
Haji Abdul Malek Moksin |
Government Primary School, Sembulan |
4 thn |
1958-1962 |
| 04. |
Pengiran H.K. Daud Ismail A.S.D.K |
Government Primary School, Sembulan (1952)
Sekolah Kebangsaan Sembulan (16 September 1963) |
2 thn |
1962-1964 |
| 05. |
Suhaibon Yusof |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
1 thn |
1965-1965 |
| 06. |
Pengiran H.K. Daud Ismail A.S.D.K |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
4 thn |
1966-1970 |
| 07. |
Pengiran Dahlan Bin Pengiran Abu Bakar |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
6 thn |
1970-1976 |
| 08. |
Abdul Muin Matusin |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
1 thn |
1976-1976 |
| 09. |
Yaakub Yusof |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
1 thn |
1979-1980 |
| 10. |
Pengiran Dahlan Bin Pengiran Abu Bakar |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
2 thn |
1981-1983 |
| 11. |
Zakaria Mahali |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
6 thn |
1983-1989 |
| 12. |
Ahmad Making |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
4 thn |
1989-1993 |
| 13. |
Haji Abdul Latif Awang Damit |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
1 thn |
1993-1994 |
| 14. |
Abdul Malik Abdullah |
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
3 thn |
1994-1997 |
| 15. |
|
Sekolah Kebangsaan Sembulan |
> 8 thn |
01.02.1997- sekarang |
LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN
BIRU
Melambangkan keharmonian, kecerdasan otak dan mental.
HIJAU
Melambangkan kesuburan akal dan fikiran serta kecergasan fizikal murid - murid.
PUTIH
Melambangkan kebersihan, jujur dan amanah.
KUNING / BULAN SABIT
Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
BUNGA PADI
Melambangkan ikatan persaudaraan di kalangan murid dan beras adalah makanan utama rakyat Malaysia.
BUKU
Melambangkan sumber segala ilmu pengetahuan.
OBOR
Melambangkan bahawa ilmu pengetahuan itu sebagai penyinar atau suluh hidup menuju ke arah kesempurnaan, kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN
PUTERA PUTERI
Mari putera - puteri semua,
Penuhi ilmu di dalam dada,
Rajin belajar tekun dan berusaha,
Ke arah mencapai cita - cita.
Mari kita bersatu hati,
Menuntut ilmu dengan berani,
Kerana ilmu suluh hidup sejati,
Dengan hati suci dan murni.
Hormat menghormati kita amalkan,
Disiplin diri diperkuatkan,
Itulah ikrar semangat belajar,
Kami murid Sekolah Kebangsaan Sembulan.
Mari putera - puteri semua,
Penuhi ilmu di dalam dada,
Rajin belajar tekun dan berusaha,
Ke arah mencapai cita - cita.
VISI DAN MISI SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN
Pengenalan
Mulai 1 Februari 1997, Encik Hambali Hj. Shuib mula bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sembulan bagi menggantikan Encik Abd. Malek Abdullah. Mulai tarikh itu, satu wawasan telahpun diwartakan. Wawasan itu dinamakan WAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN 3M + 2B.
Wawasan Sekolah Kebangsaan Sembulan
Menjadikan Warga Sekolah Kebangsaan Sembulan sebagai warga yang :-
- Memahami nilai kebersihan,
Visi Sekolah Kebangsaan Sembulan
Merealisasikan matlamat dan objektif Pendidikan Negara melalui pengurusan sekolah yang berkualiti bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Misi Sekolah Kebangsaan Sembulan
- Untuk memberi pendidikan yang sama rata kepada semua murid selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan.
- Untuk menggunakan semua sumber yang ada dengan cekap bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
- Menekankan konsep dan mengamalkan prinsip 'semua manusia berpotensi' di dalam proses pengajaran & pembelajaran.
- Untuk menyatukan ilmu pengetahuan secara menyeluruh dan bersepadu dengan menerapkan nilai-nilai murni di sepanjang masa.
- Untuk meneguhkan semangat 'kekitaan' di kalangan semua staf sekolah.
Matlamat Sekolah Kebangsaan Sembulan
Mempastikan seluruh potensi murid digembeling untuk mendapat pendidikan yang seimbang, bersepadu dan menyeluruh. |