Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Datang ke "Laman Web Interaksi Sekolah Kebangsaan Sembulan". Laman Web ini dilancarkan, sebagai tanda titik permulaan Sekolah Kebangsaan Sembulan melangkah ke Alam Informasi Teknologi Maklumat ( IT ) serta menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membawa mutu pendidikan di Malaysia ke taraf dunia.

Dengan adanya Laman Web ini, Sekolah Kebangsaan Sembulan mula dikenali di seluruh Malaysia khasnya dan di serata dunia amnya melalui jaringan internet. Pihak sekolah mengharapkan agar dengan adanya "Laman Web Interaksi Sekolah Sembulan" ini, ianya mampu menarik minat para pelajar mendalami pengetahuan ICT.

Pihak sekolah juga berharap agar makmal komputer yang lengkap dengan komputer dan kemudahan teknologi pendidikan lain dapat digunakan. Tujuannya adalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan semua guru dan murid sekolah ini.

Bagi menjayakan hasrat ini, pihak sekolah sangat mengalu - alukan sumbangan kepakaran, perkakasan, perisian serta kewangan daripada ibu bapa, para dermawan, tokoh - tokoh koprat malahan agensi - agensi kerajaan dan swasta. Kepada bekas - bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sembulan yang telah berjaya dalam bidang masing - masing, derma dan sumbangan ikhlas anda kepada sekolah ini sangat diharapkan dan dihargai. Sampaikanlah dan hulurkanlah sumbangan ikhlas sebagai tanda sokongan dan rasa berterima kasih kerana tanpa pendidikan asas, kita tidak dapat melangkah lebih jauh ke hadapan.

Akhirnya sebagai penutup tirai ucapan saya ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Laman Web Sekolah seterusnya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pembinaan "Laman Web Interaksi Sekolah Kebangsan Sembulan" ini. Saya mendoakan agar Sekolah Kebangsaan Sembulan akan terus maju dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi pada masa - masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

" Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang - Ke Arah Sekolah Bestari"


En.Salleh Sulaiman
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sembulan